Download PDFOpen PDF in browserPengaruh Personaliti dan Kredibiliti Pempengaruh Media Sosial terhadap Pembuatan Keputusan RemajaEasyChair Preprint 712912 pages•Date: December 3, 2021AbstractPempengaruh media sosial merupakan seorang individu yang mempunyai kelebihan mempengaruhi orang lain dalam media sosial melalui kuasa, pengetahuan, populariti, kedudukan atau hubungannya dengan pengguna. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan pemilihan remaja terhadap pempengaruh media sosial berdasarkan faktor personaliti dan kredibiliti terhadap gaya hidup, nilai dan pengetahuan dan kemahiran remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantititatif. Berdasarkan 546 responden daripada peringkat sekolah menengah dan universiti (umur 15 hingga 24 tahun), kajian ini mendapati bahawa faktor utama mereka memilih Pempengaruh Media Sosial tertentu adalah personaliti yang menarik, aktif dalam media sosial, mempunyai interaksi yang baik dengan pengikut dan populariti yang tinggi. Dapatan kajian juga membuktikan bahawa pemilihan pemimpin pendapat di Instagram berdasarkan personaliti memberi pengaruh yang signifikan terhadap gaya hidup, nilai dan pengetahuan dan kemahiran remaja. Keyphrases: Instagram, Pemimpin pendapat, Pempengaruh Media Sosial, media sosial
|